
Pada 23 hb Sepember 2008 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1428 H
Tn Hj. Ahmad b Yusop iaitu anak sulung kepada Yusop Lebai Salleh dan Pn. Hjh Fatimah Jawahir telah kembali ke rahmatullah pada jam 05:20 pagi. Beliau telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Pemergian beliau dibulan penuh keberkatan Ramadhan Al-Mubaraq, semoga Allah s.w.t memberkati beliau Insya Allah. Dimaklumkan Allahyarham mengalami sakit perut pada jam 1:00 pagi dan semasa beliau hendak membuang air besar, dan pada masa itu banyak darah banyak keluar. Selepas itu beliau dalam nazak dan menghembuskan nafas terakhir dihadapan isteri tercinta beliau Pn Hjh. Munah. Beliau berusia 69 tahun 6 bulan 26 hari.
Saya selaku setiausaha KYLS mewakili semua Ahli Jawatan Kuasa mengucapkan Takhziah kepada semua ahli keluarga Tn Hj. Ahmad Yusof terutama kepada Mak Long Munah, Anaknya Abdul Rahim Ahmad, Salmah Ahmad, Roslan Ahmad, Rosnah Ahmad dan Azhar Ahmad. Diharap semuanya redha ke hadrat Allah s.w.t diatas pemergiannya dan bersabar dengan dugaan Allah s.w.t ini.
Kita semua berdoa kehadrat Allah s.w.t semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.
Sesiapa yang melawati web ini mari kita sedekahkan suratul AL-FATIHAH keatas rohnya.
Amin.....................
Untuk ingatan kita semua, nabi pernah berpesan kepada kita dengan maksudnya:
Apabila mati anak Adam didunia ini maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara:
- Ilmu yang bermunafaat - semasa kita hidup diatas dunia ini kita pernah mengajarkan ilmu kepada sesaorang dan ilmu tersebut dimunafaat olehnya.
- Sadakatul Jariah - iaitu dalam masa kita hidup didunia ini kita ada mengimfakkan harta kita atau mewakafkan harta kita untuk tujuan kebajikan. Contoh mewakafkan wang untuk membina masjid dan lain-lain. Maka beruntunglah sesaorang yang berbuat demikian.
- Anak Yang Soleh - Doa dari anak yang soleh akan terus di hijab (diperkenankan) oleh Allah s.w.t.
Sekian dulu untuk catatan hari ini.
1 ulasan:
typo. umur 69 tahun
:)
Catat Ulasan