Isnin, 6 Oktober 2008

PERJUMPAAN HARI RAYA KYLS 2008 DI TAPAH ROAD

Assalamualaikum w.h.r !

Kita masih lagi dalam suasana hari raya Adil Fitri. Hari ini 6hb Okt. 2008 bersamaan 6 Syawal 1429 H. Kita masih lagi diawal Syawal.

Perjumpaan KYLS yang telah kita adakan pada 2hb Okt 2008 bersamaan 2 Syawal 1429H telah memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita semua bertapa pentingnya kita tanam ikatan kekeluargaan diantara semua ahli keluarga kita supaya kita semua dapat kenal mengenali antara satu sama lain dan yang lebih utama kita dapat membina ikatan ukhwah diantara satu keluarga dan keluarga yang lain. Mudah mudahan segala apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya.

Disamping itu kita tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada keluarga Tn Hj. Bahsan Yusop dan Pn Hjh. Asmah bt Awang yang telah bertungkus lumus sebagai tuan rumah bagi perjumpaan KYLS pada tahun 2008 ini. Tidak lupa jua kepada tuan rumah En Ismail dan Isteri yang tidak kurang juga bersusah payah melayani tetamu yang ramai pada hari itu. Jazakallah khairan kasirra kami A.J.K ucapkan semoga Allah s.w.t membalas budi baik tuan puan sekeluarga dengan pahala yang berganda-ganda.

Perjumpaan ahli KYLS yang diadakan di Kg. Tersusun Pekan Getah Tapah Road disambut dengan sederhana tetapi meriah. Kita semua masih lagi diselubungi dengan kesedihan diatas pemergian anak sulung Yusup Lebai Salleh ia iaitu Tn Hj. Ahmad b Yusop yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Walaubagaimanapun kita semua meredhai pemergian nya. Kita semua doakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ketas Allahyarham dan menempatkan rohnya dikalangan orang-orang mukmin yang solehin. Amin..........

Walaupun banyak ahli keluara Yusop Lebai Salleh yang hadir terutama kepada keluarga Mak Long (Kak Yah) di Seremban dan menantunya En Manan, isteri dan anak-anaknya serta En Abu bakar dan jua En Rahim Ahmad yang telah memberi setinggi komitmen kepada KYLS ini. Tahniah kami selaku A.J.K mengucapkan. Perkara ini bukanlah mudah dan senang untuk mengorbankan sedikit masa demi untuk membina ikatan kekeluargaan yang kita jalankan. Mudah-mudahan sikap sedemikian akan berterusan dimasa-masa kan datang.

Kita juga berasa terharu dan sedih kerana keluarga En Ismail b Yusop tidak hadir dalam majlis perjumpaan tahun ini, walaupun beliau telah memberi persetujuan untuk hadir diperjumpaan ini. Kami selaku Ahli Jawatan Kuasa KYLS berasa amat sedih dengan tindakan En Ismail ini. Beliau jua saban tahun telah memaklumkan akan hadir untuk majlis perjumpaan ini, tetapi hingga kali ini, perjumpaan ke 10 KYLS beliau tidak hadir juga. Kami selaku AJK mengharap kepada En. Ismail Yusop jika ada salah dan silap ahli keluarga yang ada bermasalah dengan tuan harap maafkan lah. Buang yang keruh ambil yang jernih" Lupakan lah sengketa lama. Marilah kita bersama-sama membina satu kekuatan kekeluargaan. Dihari baik bulan yang mulia ini kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri, berlapang dada dan ketulusan hati untuk memaafkan salah dan silap dosa orang lain kepada kita. Jika kita dengan ikhlas memaafkan dosa orang lain terhadap kita maka orang lain akan bersedia jua untuk memaafkan dosa kita kepada dia. Sekali lagi saya selaku Setiausaha merayu dengan hati yang tulus ikhlas agar perjumpaan Hari Raya di tahun 2009 tiada lagi sebarang alasan bagi En Ismail untuk menghadiri perjumpaan KYLS ini.

Ada jua ahli keluarga yang kurang mengambil berat dalam untuk menghadiri perjumpaan ini. Contoh-contoh sikap atau perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diperbaiki dimasa-masa akan datang seperti:-
  • Datang lewat dan tidak menepati masa, sedangkan jemputan telah diberikan awal-awal lagi.
  • Datang tidak dengan keluarga, datang secara solo, perjumpaan ini untuk mengenali anak-anak dan mngukuhkan ikatan silatulrahim keluarga kita oleh itu perlulah seluruh keluarga hadir.
  • Setiap ahli keluarga mestilah memberi komitmen tinggi @ 100% untuk hadir diperjumpaan keluarga ini.
  • Setiap ahli keluarga atau ketua keluarga mestilah menerangkan kepada isteri, anak-anak tentang pentingnya perjumpaan keluarga ini.
  • Diharap dengan adanya langkah-langkah tersebut akan memeriahkan lagi perjumpaan keluarga kita di tahun-tahun hadapan.

Berita-berita selanjutnya akan menyusul kemudian .......................

Harap bersabar yaaaaaaaa.....

Sekali lagi kepada Tn Hj. Bahsan dan Pn Hjh. Asmah AJK mengucapkan tahniah dan syabas selaku tuan rumah mengelolakan majlis perjumpaaan KYLS pada 2 Syawal /2 Oktober tahun 1429H / 2008 M.

Ampun maaf dipinta- selamat hari raya aidil fitri.

0 ulasan: