Selasa, 30 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1430

Saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430 kepada semua WARGA KELUARGA YUSOF LEBAI SALLEH khususnya kepada para Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri kita. Insya'allah usaha yang mulia diberkati Allah subhanawata'ala.


Muaz Aziz & Nadjeriyah Abu serta semua anak-anak

Isnin, 22 Disember 2008

MAKLUMAN BERITA UNTUK AHLI KYLS

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Selamat sejahtera kepada semua Ahli Keluarga Yusof Lebai Salleh.
Kepada semua Ahli KYLS dimaklumkan bahawa Tn Hj. Abdul Aziz b Hj. Rashid, suami kepada Hjh. Jawiah bt Yusof yang dimasukkan dihospital Tapah pada 10/12/2008 telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Bainon Ipoh pada 18/12/2008 jam 10:00 pg.
Ini adalah kerana keadaan penyakit beliau yang semakin hari semakin bertambah komplikasinya. Oleh itu pehak Hospital Tapah menghantarkan beliau ke Hospital Tengku Bainon Ipoh untuk mendapat rawatan yang lebih baik lagi.
Semalam 21/12/2008, penulis sempat menziarahi Tn Hj Abdul Aziz dan mendapati keadaan penyakit beliau masih lagi dalam rawatan oleh pehak hospital. Air masih lagi dimasukkan pada lengan sebelah kanan dan darah dimasukkan pada tangan sebelah kiri. Keadaan beliau yang keuzuran dan kurang mahu bercakap-cakap akibat menahan sakit yang dihadapi.
Saya selaku anak kepada Hj. Abdul Aziz b Hj Rashid memohon kepada semua Ahli KYLS mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan sehat dari penyakit yang dihadapinya.
Kepada Ahli keluarga yang telah menziarahi beliau seperti Mak Mai sekeluarga, Usu Taufik sekeluarga, Pakcik Mokhtar / Makcik Minah sekeluarga, Pak Lang Bahsan / Mak Lang Asmah, Makcik Bibah, Paksu Wazir, kawan kawan sekampung, sahabat handai saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pehak tuan puan untuk melapangkan masa. Allah jua lah yang dapat membalas budi baik tuan puan semua.
Kepada Ahli KYLS yang ingin menziarahi Tn Hj Abdul Aziz b Hj Rashid di Hospital Tengku Bainun boleh terus ke hospital tersebut di Wad 7B katil No 29.
Sekian untuk makluman dan berita kali ini. Salam hormat dari saya.

Isnin, 15 Disember 2008

TN HJ SHAHARUDDIN B HJ HUSSAIN TELAH KELUAR DARI HOSPITAL

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Salam untuk semua, semalam saya sekuluarga berkesempatan untuk menziarah Tn Hj. Shaharuddin b Hj Hussain di rumah mereka di Manjalara Kepung. Rupanya beliau telah keluar dari hospital pada 13hb Dec 2008 yang lepas.

Selepas keluar dari wad hospital keadaan badan nya yang agak lemah yang terjadi hasil dari kesan proses kimo yang dijalani. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kenampakan raut wajahnya menandakan kesihatanya akan pulih, insya Allah. Bersama-sama kita doakan semoga penyakit beliau sembuh dan dikurniakan Allah nikmat kesihatan yang baik kepada beliau.

Untuk maklumat semua Hj. Abd Aziz B Hj. Rashid masih lagi berada dalam wat 7A Hospital Tapah, Keadaannya yang belum lagi diizinkan Allah bagi menampakan perubahan bagi penyakit yang dihadapinya. Semuanya dengan ketentuan Allah swt, kita cuma berusaha dan berdoa.
Banyakkan berdoa kepada yang maha kuasa, hanya dia yang dapat menyembuhkan apa jua penyakit yang diberinya. Kepada yang ditipa dengan sakit ini, banyakkan bersabar dan anggapkan ini sebagai dugaan dari Allah swt.

Sekian dulu untuk maklumat terkini bagi KYLS.

Khamis, 11 Disember 2008

AHLI K.Y.L.S MASUK WAD






اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه




Selamat sejahtera kepada semua ahli KYLS. Pada 10 hb Dec 2008 bersamaan 12 Zulhijjah 1429M, jam 07:00 malam Tn Hj. Abd Aziz bin Hj Rashid dikejarkan ke Hospital Tapah. Beliau dihantar ke Hospital Tapah dengan ambulan yang dipanggil secara kecemasan.

Tn. Hj. Abd. Aziz dimasukkan ke wad kecemasan hospital Tapah jam 07:15 malam dan diletakkan dalam zon kritikal. Pada jam 11:00 malam keadaan beliau dapat dikawal dan dipindahkan kewad lelaki (Wad 7A) Hospital Tapah. Doktor mengesahkan beliau mengalami penyakit darah tinggi, paru-paru berair dan kencing manis serta komplikasi badan yang agak lemah.

Setakat hari ini dua ahli KYLS telah berada dalam wad hospital. Yang pertama Tn Hj. Shaharuddin b Hussain di Hospital Selayang dan yang Kedua Tn Hj. Abd Aziz b Hj. Rashid di Hospital Tapah.

Kepada semua ahli Keluarga Yusof Lebai Salleh (KYLS) yang mempunyai kelapangan bolehlah menziarahi mereka dan mohon kepada semua ahli KYLS mendoakan semoga mereka berdua cepat sembuh dari penyakit yang dihidapi mereka.

Sekian dulu berita terkini dari KYLS. Bye...........................................................................................

Khamis, 4 Disember 2008

TARBIAH UNTUK KITA SEMUA


Ingat mengingati adalah amalan yang mulia. Maka luangkanlah sedikit masa untuk membaca sampai tamat tarbiah dibawah ini.
PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) bersabda;

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim)
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadith dari Abu Qatadah yang menceritakan; Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;

“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”
(Riwayat Imam Muslim)
Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?
Ya, dikecualikan kepada jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.
”Maimunah isteri Rasu ‘Lullah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai.” (Riwayat Imam Muslim)
Malah terdapat tegahan dari Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah;

“Sesungguhnya Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam) menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Begitulah secara ringkasnya penjelasan mengenai puasa hari Arafah. Alhamdu li ‘Llah pada tahun ini umat Islam di Malaysia akan meraikan Aidil Adha’ pada hari Isnin 8 Disember yang bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1429H. Hari Arafah atau hari Wukuf pula jatuh pada hari Ahad 7 Disember yang bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1429H. Oleh yang demikian puasa sunat Arafah yang perlu dilakukan ada pada hari Ahad tersebut.

Adapun pada tarikh 8,9,10 dan 11 Disember yang bersamaan dengan 10,11,12 dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa pada hari-hari tersebut. Sebaliknya pada hari-hari tersebut dianjurkan kepada umat Islam menyembelih binatang korban, bermula dari selesainya solat dan khutbah Aidil Adha pada 10 Zulhijjah (8 Disember) sehingga tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah (11 Disember).
Mudah-mudahan kita semua akan berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadat tersebut sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
Semoga tazkirah ini memberi munafaat kepada kita semua, Insya Allah............................................

Isnin, 1 Disember 2008

BERITA UNTUK AHLI KELUARGA YUSOF LEBAI SALLEH


Untuk makluman semua pada hari ini saya telah menghubungi Pn Hjh. Habibah Yusof isteri kepada Hj. Shaharuddin b Hj. Hussain untuk bertanya khabar kesihatan suami beliau.

Untuk makluman kepada semua Ahli Keluarga Yusof Lebai Salleh keadaan kesihatan suami beliau belum menampakkan apa-apa perubahan, malah kata beliau keadaan fizikal tubuh badannya semakin susut setelah beliau menjalani proses KIMO trapi. Setakat ini beliau telah menerima rawatan KIMO trapi sebanyak lima kali. Pemerhatian dari mata kasarnya tubuh badan beliau yang dulu berisi, sekarang telah makin kurus.

Saya merayu kepada seluruh ahli keluarga (KYLS) bersama-sama kita berdoa kepada Allah swt dan mana-mana yang ada kelapangan buatlah solat hajat atau membaca surah Yassin, memohon kehadrat Allah swt agar Tn. Hj. Shaharuddin cepat sembuh dari penyakit yang dihadapinya.

Kepada keluarga Hjh. Habibah dan anak-anak bersabar diatas dugaan dari Allah swt ini. Banyakkan berdoa kehadrat Allah, kerana doa dari isteri dan anak-anak lebih mustajab lagi. kerana doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin.

Salam untuk semua Ahli KYLS.

Wassalam!