Dengan rasa sedih dan terharunya Allahyarham Tn Hj Shaharuddin b Hj Hussin telah kembali kerahmatullah pada 26hb Jan 2009 @ jam 5:30 petang bersamaan dengan 29 Muharram 1430H.
Dengan pemergiannya Allahyarham Tn Hj. Shaharuddin b Hj Hussin kita kehilangan lagi seorang yang banyak berkorban dan berjasa dalam keluarga Yusof Lebai Salleh. Allahyarham telah banyak memainkan peranan dalam menyatupadukan dan merapatkan ikatan kekeluargaan dalam KYLS. Semoga jasa-jasa Allahyarham akan diberi ganjaran pahala oleh Allah swt hendaknya.
Kita semua meredhai pemergian Allahyarham Tn Hj Shaharuddin kerana kita semua mengetahui beliau telah lama menanggung sakit diatas penyakit yang dialaminya. Dijangkakan lebih 2 tahun beliau mengalami sakit barah usus dan dalam dalam masa itulah beliau masuk dan keluar di hospital disamping menjalankan pembedahan diatas dirinya.
Allahyarham telah menghempuskan nafasnya yang terakhir di rumah mereka di Manjalara Kuala Lumpur selepas ianya dibawa keluar dari Hospital. Allahyarham berusia 58 Tahun 2 bulan 12 hari dan meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak. Jenazah Allahyarham selamat mandikan dan disembahyangkan di Masjid Manjalara dan jasadnya disemadikan ditanah perkuburan Islam Kg. Jalan Kelang Lama pada jam 12:00 tengahhari.
Kepada Keluarga Allahyarham Pn Habibah Yusof, anak mereka Saidatul Akmal, Saiful Kamal, Sahayu Akmam, Saiful Hafizi dan menantunya Fendi, saya selaku setiausaha KYLS memwakili semua ahlli KYLS mengucapkan takhziah dan kesedihan yang amat sangat diatas pemergian Allahyarham Tn Hj. Shaharuddin b Hj Hussain. Kita semua doakan semuga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solehin dan orang-orang mukminin.
Saya mengingatkan diri saya dan semua anak-anak, banyakkanlah berdoa dan berzikir, bertasbih dan sedekahkan kepada kedua ibu bapa kita yang telah meninggal dunia atau jua yang masih hidup. Semoga roh mereka akan tenteram dan aman dialam barzah.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:-
setelah mati anak adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:-
- Sadakatul Jariah - Maksudnya semasa hidup kita, banyak kita imfakkan harta kita untuk membuat kerja-kerja kebajikan.
- Ilmu yang bemunafaat - Semasa kita hidup kita banyak memberi tunjuk ajar dan memberi ilmu kepada orang-orang yang kita ajar dan mereka mengamalkan ilmu yang baik itu.
- Doa dari anak Yang Soleh.
Sekian dulu untuk maklumat terkini dari ahli KYLS.
*************************************************************************************
0 ulasan:
Catat Ulasan