Selasa, 6 Januari 2009

BERITA TERKINI


Semalam, isnin 5/1/2009 penulis sempat menziarahi ayahanda yang sakit di hospital Tengku Ampuan Bainon di Ipoh. kami sekeluarga sampai di Hospital Ipoh jam 06:30 petang.

Beliau masih lagi terlantar di wad 7B hospital tersebut. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt ada nampak penyakitnya akan sembuh. Beliau telah boleh megerengkan badan beliau ke kiri dan kanan dengan sendirinya, tetapi untuk duduk dengan sendiri masih lagi tak berdaya, kena bantu.

Walau bagaimanapun keadaannya menampakkan tanda-tanda yang positif. Setinggi kesyukuran kehadrat Allah swt diatas rahmat dan limpah kurnianya.

Doa dari kita semua ahli KYLS dimakbulkan oleh Allah swt yang maha pemurah, penyanyang dan maha segala-galanya.

Sekian dulu untuk catatan kali ini.
Wassalam.

0 ulasan: