
Pada tanggal 20 hb Februari 2009 masa 12:05 pagi bersamaan 24 Safar 1430H pada pagi hari Jumaat, Tn Hj. Abd. Aziz b Hj. Rashid telah menghembus nafasnya yang terakhir di sisi isteri beliau Pn Hjh Jawiah bte Yusof dan adik beliau Pn Duriah Hj Rashid di Hospital Pemaisuri Bainon Ipoh.
Jenazah Allahyarham dibawa keluar dari hospital pada pagi itu jua. Jenazah selamat tiba di rumah anak sulung beliau iaitu Abd. Muaz jam 03:15 pagi. Jam 09: 30 pagi jenazah dimandikan oleh anak-anak beliau dan selepas itu dikapankan dan seterusnya jenazah disembahyangkan dan dimamkan oleh anak sulung allahyarham. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Dusun Muda tepat jam 11:15 pagi, sebelum solat Jumaat.
Kehilangannya amat dirasai bagi keluarga dan anak-anak beliau, lebih-lebih lagi kepada ahli KYLS. Belum lagi sebulan kita kehilangan Tn Hj Shaharuddin b Hj Hussain kita kehilangan pula seorang ahli KYLS iaitu Tn Hj. Abd Aziz b Hj. Rashid. Setakat ini kita kehilangan tiga orang lama dalam KYLS ini. Ini semua adalah ketentuan Allah swt, kita semua mesti redha dengan pemergian mereka. Kita semua yang hidup ini pun akan turut sama menjejaki mereka. Cuma masa dan harinya belum diketahui.
Kepada semua anak-anak, adik beradik, cucu-cucu Hj. Abd Aziz b Hj. Rashid ucapan takziah diucapkan, semoga tabah dengan dugaan Allah yang maha besar ini. Banyakkanlah berdoa kepada allahyarham semoga dosa-dosanya diampunkan dan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang solehin.
Kepada saudara-mara, sahabat handai yang menziarahi jenazah allahyarham dan jua kepada yang memberi ucapan takziah, saya bagi pehak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa-jasa saudara semua.
Akhir kata saya mewakili Allahyarham Hj. Abd. Aziz b Hj. Rashid, jika ada salah dan silap ayah kami ini semasa hidupnya mohon ampun kesalahannya dan jika ada yang termakan dan terminum tanpa disedari mohon halalkan didunia dan diakhirat.
Sekian wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan