
Tn. Hj. Abdul Aziz b Hj. Rashid masih lagi terlantar dirumah di Kg. Sunut Tapah. Setelah urusan pembedahan di dua belah kakinya di Hospital Ipoh, ianya dibenarkan pulang dan keadaannya pada hari ini 2 hb feb. 2009 @ 04:15pm masih belum boleh berjalan dan duduk dengan sempurna. Banyak masa dirumah dihabiskan hanya terbaring diatas katil sahaja. Kami semua sebagai anak hanya dapat memerhati sahaja.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Itulah penderitaan yang diterima oleh Ayahanda kami. Sebagai anak adalah wajib untuk membantu apa jua kepada kedua ibu bapa. Membantu itu bukan dituju kepada wang ringgit, tetapi ianya melibatkan umum melibatkan apa saja.
Justeru itu saya menasihati kepada diri saya sendiri dan semua adik-adik serta kepada semua anak-anak berkorbanlah dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita sementara ianya masih lagi hidup. Jika kita mebuat apa-apa kerja buatlah dengan ikhlas, semoga perkerjaaan kita itu dikerkati oleh yang maha esa.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berkorban dan mencurah bakti untuk berkhidmat bagi membawa Ayah ke klinik Jalan Damai (pada hari bekerja) dan Hospital Tapah (pada hari cuti) bagi merawat luka dikaki ayah yang masih lagi belum sembuh. Rawatan tersebut perlu dilakukan setiap hari.
Kepada Pak Ta (Man) , Pak Su Wazir, Amirul, Shafik, Amru, Anoi, Rizal, Nina,Pak Long dan Pak kecik anak Acu yang banyak membawa ayah untuk sessi rawatan di hospital dan klinik. Segala budi baik yang dicurahkan semoga Allah melimpahkan rahmat keatas semua. Ianya tidak dapat dinilai dengan duit dan wang ringgit.
Walaupun dalam masa tersebut banyak dugaan dan rintangan yang timbul, semuanya itu hanya dugaan dari Allah swt. Tabahkan dan tetapkan hati menempuhnya.
Akhirnya semoga Allah swt menyembuhkan penyakit ayah dan kita semua sentiasalah berdoa akan kesihatannya dan diberkati umurnya............... Amin.
0 ulasan:
Catat Ulasan