
Pada 22hb Mei 2009 Pn. Maimunah Yusof isteri kepada En Ramli Buyung yang tinggal di Felda Trolak Utara telah mengalami kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut berlaku semasa beliau dan suaminya balik dari kebun. Mengikut ceritanya beliau dilanggar oleh murid sekolah. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tk. Intan pada hari kemalangan tersebut. Pada mulanya dibawa ke Hospital Slim River.
Beliau dirawat di hospital Tk. Intan dan didapati tulang kaki kanannya patah. Kaki beliau telah dibedah dan dimasukkan besi bagi merawat kesan tulang yang patah itu. Selama lebih kurang seminggu di hospital beliau dibenarkan pulang.
Sekarang beliau berada dirumahnya di Trolak Utara. Beliau dinasihatkan berehat dirumah selama 3 bulan. Kepada ahli keluarga YLS dapat sekiranya menziarahi beliau di rumahnya agar rasa penderitaannya sedikit sebanyak dapat dikurangkan.
Selaku Setiusaha KYLS kami sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak bersabar dengan dugaan dari Allah swt ini, kami doakan semoga beliau cepat sembuh dan sehat walafiat. Amin.
Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan