Jumaat, 12 Jun 2009

MAKLUMAN KEPADA AHLI KOPERASI KYLS

Untuk makluman kepada semua ahli Koperasi Keluarga Yusof Lebai Salleh yang telah hadir dalam masa mesyuarat penubuhan yang diadakan di dewan JKKK pekan Sungkai adalah dimaklumkan bahawa semua ahli yang hadir wajib menandatangan semula kehadiran dalam mesyuarat tersebut. Ini adalah kerana pehak pendaftar suruhanjaya koperasi telah menolak tandatangan yang dibuat pada tarikh tersebut. Kerjasama dari semua ahli yang hadir amat dialu-alukan agar Koperasi Keluarga Yusof Lebai Salleh dapat didaftarkan dengan jayanya.
Kepada ahli keluarga Yusof lebai Salleh yang belum lagi menjadi ahli silalah berbuat demikian sebelum terlambat, nanti jika dah tutup tak boleh masuk dah.

Cuma nak masuk perlu :-
  1. Isi borang pada Setiusaha Cik Shahayu Akmam,
  2. Ahli Baru Yuran mula RM 10.00
  3. Pendaftaran RM 50.00
  4. Saham minima RM 100.00 (boleh ditambah sebanyak mana yang hendak dilaburkan)

Sekali lagi diminta kepada semua ahli yang hadir mesyuarat dapat menandatangan semula kehadiran tersebut.

Sekian untuk makluman semua. Salam hormat

0 ulasan: