
Pejam, Celik, Pejam, Celik rupa-rupanya dah masuk ke -12 kali kita semua mengadakan perjumpaan ahli keluarga ini. Ini juga bermakna kita telah menjalankan program ini selama 12 tahun. sudah tentunya banyak kenangan-kenangan yang manis atau pun yang sedih semasa perjumpaan ahli keluarga di jalankan. Tahun demi tahun juga ahli keluarga Yusof Lebai Salleh bertambah dengan adanya anak-anak ahli keluarga yang telah mendirikan rumah tangga, tetapi dalam masa yang sama kita jua ditinggalkan oleh ahli keluarga kita yang telah dahulu menjadi jemputan oleh Allah s.w.t. Kepada Allahyarham Hj. Ahmad b Yusof, Hj. Abd Aziz b Hj. Rashid dan Hj. Shaharudin b Hussin marilah sama-sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah semoga roh mereka aman abadi dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh di alam barzah. Tak lupa jua kepada Allahyarham Yusof Lebai Salleh, Allahyarham Ujang b Bidin, Hjh Fatimah Jawahir, Ali Nafiah, Arwah Moyang Intang, Arwah Sitiayun dan anaknya serta ahli keluarga kita yang lain-lain nya sama-sama lah kita sedekah Al-Fatihah dan memohon kepada Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka semua dan merahmati roh mereka di alam barzah. Amin.
Untuk Perjumpaan Keluarga Kita kali ini akan di adakan di Felda Sungai Klah Sungkai Perak. Tempat yang di maksudkan ialah rumah Allahyarham Hj. Ahmad b Yusof dan Pn Hjh Munah b Ahmad.
Ketua keluarga bagi mengendalikan perjumpaan ini ialah En Abdul Rahim b Ahmad dan Hjh. Munah b Ahmad. Maklumat penuh seperti dibawah:
ALAMAT TEMPAT PERJUMPAAN: C-3 FELDA SG. KLAH SUNGKAI PERAK.
TARIKH PERJUMPAAN: HARI RAYA AIDUL FITRI KE-2
MASA: JAM 0900 HINGGA TAMAT
................SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT KITA BEJUMPA DISANA .....................